Raya Mira Filzah tahun ni ditaja 19 pasang baju raya

Written by on 13/06/2018

Mira tidak sabar pulang kampung

Raya dah nak dekat, mana nak cari baju eh? Mira Filzah sungguh bertuah kerana tidak perlu berbelanja sesen pun. Ini kerana pelakon dan pengacara popular itu ditaja 19 pasang persalinan jenama Ariani bagi menyambut Aidilfitri.

Bersyukur beroleh rezeki itu, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, mengaku tidak sabar melaram dan berkongsi persalinan itu dengan adik beradik.

“Nampaknya, rezeki saya apabila mendapat tajaan baju raya yang dilengkapi tudung.

“Saya diberitahu, Ariani akan bekalkan setiap rekaan dalam koleksi terbaharu yang dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini.

“Sudah pasti saya akan berkongsi baju-baju ini dengan adik-adik… Tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung,” katanya kepada BH Online.

Mengenai sambutan Aidilfitri, Mira memberitahu, dia akan pulang ke Ipoh dan Tronoh, Perak.

Bercerita keseronokan beraya di kampung, Mira berkata, biarpun sudah mampu berdikari dan memiliki pendapatan sendiri, datuk masih memberi duit raya kepadanya.

Lebih menggembirakan, kata Mira, jumlah duit raya ditambah setiap tahun bagi cucu yang belum mendirikan rumah tangga.

“Dalam keluarga sebelah ayah, cucu hanya ada enam orang. Jadi, atuk akan bagi duit raya di mana jumlahnya meningkat mengikut umur.

“Saya rasa seronok kerana maklumlah, jarang orang dewasa apatah lagi sudah bekerja, dapat duit raya,” katanya yang menggemari lauk rendang daging hitam sebagai juadah Aidilfitri.

Mira berkata, dia turut menyediakan bajet duit raya untuk dikongsi bersama sanak-saudara terutama kanak-kanak.

 

Sumber : BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background