VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Rambut macam longgokan rumput kering – Scha Alyahya dikecam netizen

Written by on 22/06/2018

Musim Raya ramai selebriti yang akan menjadi tumpuan peminat dengan cara dan penampilan fesyen pakaian, rambut, kasut dan hiasan rumah. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Scha Alyahya antara selebriti wanita yang menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti kelihatan menawan.

Setiap kali tibanya Syawal, gaya Scha Alyahya antara yang menjadi tumpuan ramai. Ramai yang nak tahu fesyen apa yang digayakan olehnya tahun ini.

Namun, gaya rambut terbaru Scha kali ini dikritik teruk oleh netizen. Rata-rata mereka mengatakan rambut Scha kelihatan tidak terurus dan serabai.

Lebih teruk, ada yang mengatakan rambut baru Scha itu tidak sesuai dengan wajahnya kerana kelihatan seperti tidak waras dan pelik. Tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan kritikan melampau dari netizen kerana ia melibatkan isu ‘body shaming’.

Netizen ni pun baru habis puasa dah buat hal. Tapi itulah lumrah sebagai seorang selebriti. Bila cantik kena kritik, tak cantik pun kena kecam.

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *