”Ramai-Ramai Di Inanam” bersama VOKfmSabah

Written by on 26/02/2018

 

“Ramai-ramai Di Inanam” penampilan eksklusif bersama Nana Sheme dan #Penyampai #AllStarsVOK

DBKK Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan Program “Ramai-ramai Di Inanam” pada 24hb-25hb Feb 2018 baru-baru ini berjalan dengan jayanya. Dihadiri hampir 15 ribu warga Inanam memeriahkan program selama 2 hari itu. Pengisian program ini selain daripada pengampunan kompaun 2.0 oleh DBKK, juga ada acara sampingan sukan rakyat seperti Mr. Badang, Mimpulos, Bola Sepak 9 sebelah, pertandingan mewarna, jualan rakyat dan banyak lagi.

Acara ini yang berlansung selama 2 hari dari hari pertama hanya dibuka untuk kaunter pembayaran kompaun 2.0, manakala pada hari ahad berlansungnya acara Fun Ride dan Charity Walk bersama pemimpin serta VVIP jemputan termasuk Mayor Dewan Bandaraya KOta Kinabalu iaitu Ybhg Datuk Yeo Boon Hai dari seawal jam 6 pagi. Dan dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas oleh artis-artis tempatan negeri Sabah diantaranya, Donna Maisida, Megan, Awang, Buska Busker, Chanang Busker dan ramai lagi. Diikuti dengan Majlis Perasmian Program ‘Ramai-ramai Di Inanam” yang disempurnahkan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beberapa UPPM dan VVIP sekitar kawasan Inanam. Sejurus dengan itu, acara dimeriahkan lagi oleh penampilan khas Penyampai Radio #AllStarsVOK iaitu Kapten, Aegy, Lotter(AF) dan Beebey serta penampilan eksklusif yang dibawakan oleh VOKfm iaitu artis Malaysia yang popular dengan lagu bertajuk “Hantu Atau Buaya” iaitu penyanyi kecil molek yang berasal dari Sarawak, Nana Sheme serta rakan artis beliau Icca Joe. Nana telah menarik perhatian peminat dari seluruh warga Inanam yang ada di sekitar tapak program tersebut untuk sama-sama berhibur dan sekaligus memberikan hadiah percuma kepada pengunjung yang ‘Sporting’.

Program ini telah berakhir dengan jayanya dimana selain daripada aktiviti sampingan tersebut, warga Inanam juga menantikan Cabutan Tiket Bertuah yang mana menjanjikan hadiah-hadiah lumayan. Sebuah Motorsikal 2 lejang jenama Honda menjadi milik seorang perempuan pemegang nombor yang bertuah berasal dari Papar yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat YB Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selain daripada motorsikal, hamper dan beberapa hadiah lumayan seperti peti sejuk, mesin basuh, television 49 inci dan banyak lagi.

Terima Kasih kepada pihak DBKK, Pn Noorliza, Timbalan Pengarah Sektor Operasi serta seluruh warga kerja DBKK yang memberikan kerjasama serta komitmen terhadap acara ini. VOKfm berharap lebih banyak acara yang akan dapat bekerjasama dengan pihak DBKK di masa akan datang.

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background