VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

PSY pada mulanya tidak tahu kewujudan YOUTUBE

Written by on 08/07/2018

MASIHKAH anda ingat dengan lagu “Gangnam Style” yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia sehinggakan penyanyi PSY yang berasal dari Korea ini mendapat banyak jemputan menyanyi hampir di seluruh dunia. PSY berkongsi kisah yang mengejutkan di sebalik kejayaan lagu Gangnam Style ini.

Menurut PSY, dia mengetahui kewujudan laman YouTube daripada seorang pekerja yang mencadangkan kepadanya.

“Sejujurnya saya tidak tahu apa itu YouTube. Seorang pekerja memberi cadangan kepada saya untuk memuat naik Gangnam Style di YouTube.

“Saya tidak mempunyai peminat antarabangsa, jadi kenapa perlu memuat naik?

“Akhirnya kami memuat naik video itu di YouTube dan kini meraih lebih tiga bilion penonton yang menonton,” kata PSY.

Penulis lagu Kim Hyung Suk juga menggambarkan kesan selapas kewujudan Gangnam Style.

“Susah untuk bekerja dengan pemuzik asing tetapi selepas PSY, saya menerima banyak panggilan dari luar negara,” katanya.

 

Sumber : MStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *