Produk kesihatan Aliff Syukri guna ‘Pelaris’?

Written by on 21/02/2018

Foto Ehsan Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Kecaman demi kecaman dari netizen tentang filem Badang yang dilakonkan oleh beliau, tambah lagi isu terbaru tentang produk keluarannya.

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik foto mesej yang diterima olehnya di Instagram. Ada pihak mendakwa produk D’Herbs menggunakan ‘pelaris’.

Isu itu timbul apabila seorang netizen telah berjumpa seorang ustaz yang juga merupakan pengamal perubatan melarangnya untuk menggunakan produk Aliff Syukri.

Pengamal itu juga ada menyebut semua produk yang dijual oleh Aliff Syukri menggunakan pelaris.

Dalam kepsyen tersebut Aliff meluahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak yang menuduhnya melakukan perkara syirik.

“Bertaubatlah ustaz. Ustaz yang bijak nasihat saya jangan jadi syirik. Saya berniaga secara betul dan halal semua ada KKM, dan kelulusan dari kementerian kesihatan malaysia.

Tambah Aliff lagi, beliau melakukan perniagaan secara jujur dan semua produknya mendapat kelulusan serta selamat digunakan.

 

Sumber: Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background