VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Pesta Bojumbak 2017

Written by on 04/12/2017

Christie John dan Dennis Omin dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Mencipta Lagu Lotud Piala Datin Seri Panglima Hjh. Juliah Salah

 

TUARAN  Baru-baru ini sebanyak 9 pasukan daripada sekitar Tuaran dan Tamparuli telah mengikuti Pertandingan Bojumbak Piala Pusingan Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor yang dianjurkan oleh Komulakan Lotud Sabah (KLOSA) pada 2hb Disember 2017 bertempat di Dewan Datuk Patrick Jilan, Linangkit Cultural Village Tuaran.
Kumpulan Bojumbak Sintakan Bulan Kg. Dungun telah menjuarai pertandingan bojumbak ini mengatasi Kumpulan Bojumbak Siring Sungai yang mendapat Naib Johan dan Kumpulan Bojumbak Kg.Limposu di tempat ketiga keseluruhan.

Acara dwi tahunan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, merangkap ADUN N.10 Sulaman berserta isteri, YBhg Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag selaku Penaung Komulakan Lotud Sabah.

Turut hadir, Tuan Jeffry Teo Setiausaha Sulit MOSTI yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Dr. Johnson Tee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Turut hadir memberi sokongan Tuan. Mohd. Sofian Aldian Nair yang telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Tuaran yang baru, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua perkampungan Lotud dan Presiden-presiden persatuan berdaftar.

Pesta Bojumbak yang dianjurkan oleh pihak KLOSA yang dipimpin oleh Tuan Peter Lintar selaku Presiden KLOSA merangkap Pengerusi Penganjur. Acara ini diadakan bagi merancang, menyelaras serta melaksana segala aktiviti mengenai kebudayaan dan kesenian Masyarakat Dusun Lotud Sabah. Melalui acara ini, masyarakat Dusun Lotud akan dibantu agar dapat mengetengahkan serta mengembangkan bakat mereka sama ada dalam komuniti ataupun ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi kesenian dan kebudayaan, masyarakat juga dapat mempersiapkan diri terutamanya untuk generasi akan datang, agar kebudayaan dan kesenian ini tidak pupus di arus permodenan.

Pesta ini juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat Lotud  yang berpengetahuan serta seimbang dari segi akademik, kebudayaan dan kesenian. Dengan adanya program seperti ini, masyarakat Lotud dapat mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyatkan dan menyemarakkan seni budaya.

Pada Pesta ini juga diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Lotud Piala Datin Seri Panglima Hjh. Juliah Salah yang dilakukan pada sebelah malam. Seramai 13 pencipta lagu dengan 17 buah lagu dipertandingan. Lagu Ciptaan Dennis Omin bertajuk “Korohiyan Ku” yang dinyanyikan oleh Chirtie JOhn telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan ini, tempat kedua dimenangi oleh Andywind Tombung dengan lagu ciptaan dan dinyanyikan oleh beliau sendiri bertajuk “Poguliai Noh”, tempat ketiga dimenangi oleh Pediman Jabau dengan ciptaan bertajuk “Uli Noh” yang dinyanyikan oleh Jacinta.

Kemuncak Pesta Bojumbak ini diadakan Cabutan Tiket Bertuah dan Hadiah Utama telah dimenangi oleh Andywind Tombung yang membawa pulang sebuah motosikal.

 

Sumber : Ahmad Fairus, Ketua Penerangan KLOSA.

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *