VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Peserta rancangan realiti mendapat ciuman istimewa daripada Katy Perry

Written by on 14/03/2018

Credit Photo Katy Perry Official Instagram

KATY PERRY membuat kejutan apabila menghadiahkan ciuman istimewa kepada salah seorang peserta rancangan realiti American Idol, baru-baru ini.

Menurut portal People, lelaki tersebut yang dikenali Benjamin Glaze tergamam apabila menerima ‘hadiah’ istimewa daripada idolanya itu.

“Semasa ujibakat itu, saya berkata sepanjang 19 tahun hidup, saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta.

“Saya juga beritahu tidak pernah ada kekasih dan hanya akan mencium seseorang jika sudah mempunyai ikatan sah.

“Tiba-tiba, Katy minta saya mendekati mejanya dan dengan pantas dia mencium saya,” katanya.

Benjamin berkata dia terjatuh ke lantai kerana tidak menyangka reaksi spontan Katy ketika itu.

Meskipun tidak berjaya dalam uji bakat tersebut, Benjamin menganggap ia sebagai satu pengalaman indah dalam hidupnya.

 

 

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *