Pereka Fesyen tuntut RM80k hutang kahwin daripada Erin Malek

Written by on 11/11/2017

Alamak… apa jadi ni? Memetik laporan daripada Harian Metro pada hari ini, pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mendakwa pelakon Erin Malek gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan beliau. Betulkah?

Erin yang diwakili bapa tirinya telah meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang dihasilkan agar dikurangkan kepada RM50,000.

Mahkamah turut memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan. Semoga isu akan berakhir selepas keputusan mahkamah dan demi nama baik Erin sendiri.

Untuk rekod, Erin Malek telah bernikah dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata.

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background