Percutian Aeril dan Wawa di Korea menarik perhatian peminat

Written by on 18/01/2018

Foto Ehsan Instagram @aeril_zafrel

GAMBAR instagram percutian pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ke Korea Selatan baru-baru ini menarik perhatian peminat rakyat Malaysia di negara tersebut yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama.

Wawa Zainal menerusi laman Instagram miliknya berkongsi rakaman video suaminya itu merakam foto bersama dua orang peminat di sana.

Malah, aktres berusia 26 tahun ini turut menulis kapsyen mencuit hati mengenai suaminya.

 

“Jangan kata awek Korea, orang lelaki pun ramai geram dengan Aeril cuma tak sempat nak rekod… haha… kenapa eh? Hello, bini dia kat sebelah ni,” tulisnya.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen terhibur dengan kapsyen tersebut.

Malah, ada yang memuji dan menggelarkan mereka sebagai pasangan selebriti paling romantik.

“Dia orang tak nampak Wawa kot. Wawa dan suami manis sangat tu yang semua tengok kamu berdua.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

 

Sumber : mStar online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background