Peluk Ifa sebab menganggap dia sebagai kakak sendiri, Boy Iman.

Written by on 25/07/2018

QT Places Error: the selected post type doesn't exists or is not active in the plugin settings.QT Places Error: the selected post type doesn't exists or is not active in the plugin settings.

IFA RAZIAH menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman sosial, Instagram pelakon itu hanya perkara kecil dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, dia dan pelakon itu sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah hubungan mereka memang rapat seperti adik-beradik.

“Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur.

“Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis, baru-baru ini. Dia memeluk kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya, tidak perlulah perkara ini dihebohkan.

“Suami saya faham dan tahu perkara sebenar yang berlaku, kenapa orang lain pula yang susah hati?” katanya ketika dihubungi BH Online.

Foto yang dimuat naik Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abd Rahman di Instagram itu mencetuskan perdebatan ramai yang kurang senang dengan aksi mesra mereka.

Meskipun Boy Iman menerangkan, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang terhadap wanita yang sudah dianggapnya seperti kakak sendiri, ramai menganggap perbuatan itu kurang manis memandangkan antara mereka tiada ikatan persaudaraan.

“Peluk itu bukan apa, satu kerana dia sudah kurus, selain pakaiannya sangat cantik. Ia juga sebagai tanda sayang kerana saya sudah menganggap Ifa seperti kakak sendiri,” tulisnya.

 

 

 

Sumber : Bharian Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background