VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Pelakon Polis EVO 2 cedera lagi

Written by on 06/12/2017

 

Tangkapan skrin Instagram @zizanrazak869

GAMBAR Instagram Zizan Razak muat naik baru-baru ini, Riz Amin mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri ketika sedang menjalani penggambaran filem Polis Evo 2.

Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, berkata dia tersungkur ketika melakukan babak aksi.

Bagaimanapun, menurut pelakon filem Hantu Kapcai ini tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Bukan senang nak jadi pelakon. Risiko tinggi kadang-kadang. Proses pembelajaran tengah shooting Polis Evo 2 babak aksi sikit ja tersungkur.

Benda nak jadi kan tapi Alhamdulillah semuanya okey,” kata Riz.

 

Tambah Riz lagi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon utama Polis Evo 2 tersebut, Zizan Razak yang membantunya ketika itu.

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, @zizanrazak869, Nuar dan Nano hantar kereta ke hospital sebab saya kena naik ambulance.

Selepas itu dalam hospital dia la yang tolak kerus roda saya pergi xray. Waktu tengah cuci luka pun dia tunggu. Siap hanyar sampai depan rumah.

Terima kasih brother, Alhamdulillah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq,” katanya.

 

First of all.. I would like to say tq so much to my beloved friend @zizanrazak869 nuar n nano dia hantar kete kita ke hospital sebab Riz kena naik ambulance..pastu dalam hospital dia la yg tolak wheelchair aku p xray bagai -Tangkapan skrin Instagram Riz Amin

Zizan Razak Cedera

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada 21 November lalu, Zizan juga mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : mStar.com.my | Instagram: @zizanrazak869 & @rizamin

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *