Park Ji Young hamil anak kedua

Written by on 07/12/2017

Foto ehsan Instagram @kahi_korea

Park Ji-young atau lebih dikenali dengan nama Kahi merupakan seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau adalah bekas anggota girl band After School kini dilaporkan sedang hamil anak kedua.

Menerusi laporan Soompi pada Selasa, kandungan Kahi baru sahaja memasuki dua bulan.

Menurut sumber dari agensinya, Kahi mengesahkan sendiri berita gembira tersebut.

Dia yang mengesahkan dirinya sedang hamil. Kami dengar kandungannya kini memasuki sembilan minggu.

Memandangkan kandungan masih di peringkat awal, dia mahu memberi tumpuan menjaga kesihatan buat masa ini,” kata wakil agensi.

Kahi berkahwin dengan suaminya yang bukan daripada kalangan industri pada Mac 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada Oktober 2016.

Sumber : mStar.com.my & Instagram @kahi_korea official Park Ji-Young IG


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background