Pakaian Cik B kelihatan agak sendat kerana memakai baju sehingga dua lapis

Written by on 11/06/2018

Siapa sangka, dalam masa 18 jam lagu ‘Lavida Raya’ menjadi tontonan ramai dan menjadi trending nombor satu YouTube di Malaysia. Mingggu lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Vida telah melancarkan lagu rayanya dan dijemput untuk menyanyikan lagu raya tersebut dalam sebuah rancangan hiburan. Anak-anaknya, Cik B dan Kacak turut serta untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Namun, ada pula perkara yang tidak sedap didengar apabila ada segelintiri netizen mengkritik penampilan Cik B yang selekeh dan pakaiannya yang terlalu ketat. Ada juga yang mempersoalkan imej anaknya sedangkan ibunya boleh dikatakan seorang ‘diva’.

Diantara komen netizen di media sosial – Foto ehsan Rotikaya.com

 

Komen dari netizen itu mendapat perhatian Datuk Vida yang turut memberikan respon tentang kritikan tersebut. Datuk Vida memberitahu, anaknya itu tidak gemar untuk muncul di kaca televisyen. Tambahnya lagi, pakaian Cik B kelihatan agak sendat kerana memakai baju sehingga dua lapis.

 

Ada juga netizen yang memberikan semangat buat Cik B untuk tidak mempedulikan kritikan mereka yang bermulut longkang. Bagi mereka, Cik B baru berusia 12 tahun dan sepatutnya menikmati zaman kanak-kanaknya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background