Pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi- Nana

Written by on 04/09/2018

Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, dia pernah berasa putus asa dengan kerjaya dan berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Pelakon Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On.

Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background