VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Blog

(Bernama) — Atlet memanah negeri Sabah, Eugenius Lo Foh Soon dan ratu pecut Azreen Nabila Alias dari Terengganu, masing-masing dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak, malam ini. Kedua-dua mereka menerima trofi masing-masing daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis penutup temasya sukan itu di Stadium […]

Sabah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018. Mohd Rafee Mohamad, 30, yang juga mewakili Sabah merangkul gelaran Johan dengan mempertaruhkan pidatonya bertajuk Internet dan Media Sosial Menghubung Masyarakat berinformasi. Pada pertandingan peringkat akhir yang dijalankan pada hari ini, menyaksikan lima peserta berentap menunjukkan kehebatan masing-masing bagi merebut gelaran Johan. Namun, […]

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menyifatkan insiden kad merah di Kota Bharu merencatkan sedikit fokus pemainnya dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, semalam. Jelius berkata, skuad Badak sekurang-kurangnya mampu mengikat Kelantan dengan keputusan seri dalam perlawanan tersebut yang berkesudahan Sabah tewas 1-2. “Kalau kita melihat keputusan semalam, kita tewas […]

BUKAN MALAM KITA- Stadium Sultan Muhammad ke IV dibanjiri lebih dari 15 ribu orang penyokong pada malam ini yang mana rata-ratanya mengharapkan pasukan Kelantan mampu membawa jumlah jaringan yang selesa ke Likas. Hakikatnya sebaik wisel penamat ditiup pengadil, The Red Warriors dan penyokong mereka berasa sedikit kecewa walaupun mereka berjaya menundukkan sang Badak dengan Jaringan […]

UNIFI PIALA MALAYSIA 2018 ————————————— Mampukah Sabah mencipta kejutan malam ini? Kita berikan sokongan yang padu dan doakan kejayaan pasukan Badak pada malam ini dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia. Mereka yang berada berdekatan, mari turun dan berikan sokongan! Tarikh: 22 September 2018 Tempat: Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan Masa: 9:00 malam. Ayuh Badak, […]

KOTA KINABALU: Nada kecewa dilontarkan oleh Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating yang tidak menjangkakan kekalahan besar skuad Badak ditangan Pahang 0-4 dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Likas, semalam. Bagaimanapun, Jelius sebenarnya optimis dengan kemampuan sebenar anak buahnya itu meskipun dihujani dengan kritikan terutama daripada peminat bola sepak negeri ini. Sambil meminta […]

Kota Kinabalu : 16 September 2018. Latihan taktikal dan kecergasaan yang dibuat di padang sintetik kompleks likas dibawah kendalian Ketua Jurulatih Sabah Jelius Ating dan dibantu oleh penolong jurulatih Burhan Ajui. Perlawanan menentang Pahang yang sepatutnya diadakan pada malam ini terpaksa ditunda pada keesokan malam 17 September 2018 di atas sebab sebab yang tidak dapat […]

Terima kasih buat semua warga Keningau yang memenuhi padang Bandaran Keningau semalam (15hb September 2018) dianggar lebih 5000 orang pengunjung yang hadir untuk memeriahkan lagi Konsert VOK Gegar Keningau ini.

Firman Bansir, 29, menafikan dia sering balik ke kampungnya di Tawau, Sabah hingga menyebabkan promosi single terbaru kumpulan itu, Mengejar Rindu dilakukan terhad. Firman ketika dihubungi berkata, memang dia akan pulang ke Sabah apabila ada urusan keluarga termasuk jika diundang membuat persembahan nyanyian. “Sebenarnya, sekarang saya ada saja di Kuala Lumpur dan agak terkejut juga […]

SELEBRITI popular Nicki Minaj dan Cardi B bikin kecoh apabila kedua-dua selebriti itu dirakam berkelahi di khalayak umum di Minggu Fesyen New York. Cardi B yang menhayakan baju merah itu kelihatan mendekati Nicki Minaj kemudian melemparkan kasut yang dipakainya kepada wanita itu. Menerusi video yang dirakam E! News  kedua-dua selebriti itu bergaduh di selepas majlis selesai. […]