Current track
Title
Artist

Background

Orang Baru VOK

Written by on 04/01/2018

 

SELAMATΒ datang Lotter ke VOKfm. Kemasukan Lotter sebagai ahli keluarga baru VOKfm akan memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada iaitu Rey Kimara, Beebey, Felix Agus, Ramli Carlo, Maldini, Aegy dan Kapten.

Menurut Ketua pegawai Eksekutif (CEO) selaku Pengurus Stesen VOKfm, Mohammad Faqrullah Azim (Kapten) berkata, pemantapan barisan penyampai ini adalah sebagai persiapan ke arah FM. Ini sekaligus adalah jelas dengan misi untuk sentiasa tampil dengan pembaharuan serta perubahan yang terkini mengikut kehendak pendengar.

“Dengan gabungan penyampai-penyampai ini, pastinya sesuai dengan visi untuk menjadi satu jenama kebanggaan Sabah. VOKfm akan terus fokus dari segi muzik, hiburan, informasi dan pengisian gaya hidup terkini,” katanya.

Menurut Pengurus Program VOKfm, Rey Kimara pula, “Kehadiran Lotter di VOKfm adalah sebagai pelengkap kepada kekuatan barisan hadapan VOKfm. Selain berbekalkan populariti Rey Kimara, Felix, Lotter, Aegy sebagai penyanyi, kehadiran Maldini sebagai bakat baru turut menyerlah menerusi segmen Chillax@VOK yang tidak kurang hebatnya,” katanya.

Inilah barisan #Penyampai #AllStarsVOK yang bakal menggegarkan arena radio tempatan

 

Dijangka VOKfm akan memulakan siaran FM sepenuhnya menjelang awal April dan bakal membrikan impak positif kepada industri penyiaran radio negara selain menjadi medium pengiklanan untuk pelanggan yang mempunyai potensi dan pasaran yang luas di Sabah. Untuk menjadikan VOKfm sentiasa menjadi pilihan pendengar masyarakat masa kini, pelbagai perancangan telah diatur antaranya, penyusunan semula kandungan sedia ada yang akan diperkenalkan bermula 15 Januari melalui kempen Lotter Mencari Segmen. Kempen selama seminggu ini akan memberi peluang Lotter untuk ke udara di semua segmen sepanjang hari dan pendengar diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang slot manakah yang sesuai untuk Lotter ke udara.

Lotter mula bersiaran bersama penyampai-penyampai VOKfm

Buat masa ini, VOKfm bersiaran selama 24 jam dengan pengisian slot segmen bermula 6 pagi hingga 2 pagi. Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi VOKfm iaitu;

www.vokfmsabah.com dan Facebook|Instagram|Twitter : vokfmsabah

 

Berikut adalah rakaman :: LIVE FB :: daripada page official VOKfmSabah di facebook. Selamat menonton.

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *