VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Nur Sajat melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti

Written by on 16/03/2018

Nur Sajat bakal mengendalikan program realiti Ala-Ala Kim Kardashian

Usahawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat hari ini telah melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti, Nur Sajat Rated Xtra, iaitu sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi gadis selebriti viral di media sosial.

Foto Ehsan Instagram Nur Sajat

“Sebelum ini Sajat pernah dapat tawaran untuk buat benda realiti macam ini, tapi disebabkan sibuk dengan bisnes Sajat terpaksa tolak dan sekarang ini bila Sajat dah ada wisma sendiri dan tak sibuk lagi barulah Sajat dapat terima tawaran ini,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Nur Sajat Rated Xtra.

Dalam program realiti yang berdurasi selama 7 minit ini, akan menampilkan sisi peribadi Nur Sajat sebagai gadis usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips sukses juga.

“Program ini selama 7 minit hanya boleh ditonton di Portal tonton.com.my sahaja, dan peminat-peminat Sajat serta haters boleh mengakses portal tonton untuk melihat kehidupan Sajat,” katanya lagi yang turut melancarkan single terbarunya berjudul ‘Makhluk Penggoda’.

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *