VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Nicki dan Nas telah berpisah disaat mereka bakal menimang cahaya mata

Written by on 05/01/2018

Foto Ehsan Instagram @nickiminaj

PENYANYI popular Nicki Minaj dan teman lelakinya, Nas yang dikatakan bakal menimang cahaya mata bersama dilaporkan sudah berpisah.

TMZ melaporkan pasangan itu yang mula bercinta sejak tujuh bulan lalu memilih untuk membawa haluan masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan punca perpisahan mereka disebabkan faktor lokasi berbeza sehingga menyebabkan mereka jarang dapat bersama.

“Percintaan jarak jauh membuatkan mereka sukar untuk menghabiskan masa bersama ditambah dengan jadual mereka yang sentiasa padat dengan aktiviti seni.

“Jalan terbaik adalah berpisah dan Nicki ingin memberi fokus kepada kariernya,” kata sumber.

Sementara itu, sumber itu memberitahu, Nicki akan membuat pengumuman mengenai kehamilannya pada majlis Anugerah Grammy pada Februari ini.

“Dia mendapat tahu sedang hamil ketika sambutan Hari Kesyukuran pada November lalu dan dia dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi,” kata sumber itu lagi.

Sumber : mStar online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *