Niall Horan mendedahkan sukar untuk menghubungi Zayn Malik

Written by on 11/06/2018

Niall Horan, bekas ahli kumpulan One Direction mendedahkan sukar untuk menghubungi rakannya iaitu penyanyi Zayn Malik selepas kumpulan tersebut dibubarkan.

Seperti dipetik Female First, Niall berkata dia tidak dapat mengesan penyanyi itu sejak kali terakhir berhubung pada tiga minggu lalu.

“Saya menghubunginya kira-kira tiga minggu lalu, banyak berbual dan mesej bertanya khabar dan selepas itu dia hilang. Dia seorang yang suka bertukar nombor telefon dan saya tidak tahu nombor terbaharu dia,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Niall berkata, dia masih berhubung dengan ahli yang lain dan mengetahui tentang perkembangan masing-masing.

“Harry Styles kini sibuk dengan jelajah, Louis Tomlinson sedang mencipta lagu, Liam dan Payne kini berada di Mexico. Cuma Zayn saya tidak tahu dia berada di mana,” ujarnya.

Sumber : MStar Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background