VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Nelayan ditemui lemas di laut Sawangan, Kuala Penyu

Written by on 04/09/2018

Perahu yang dinaiki mangsa untuk memancing di laut Sawangan, Kuala Penyu awal pagi Isnin. Gambar SNT/Ehsan IPD Beaufort

Seorang nelayan ditemui lemas manakala perahu yang dinaiki mangsa untuk memancing terbalik di laut Sawangan, Kuala Penyu awal pagi Isnin.

Mangsa, Ag Johari Ag Panjang, 56 ditemui tersangkut di perahu oleh saudaranya kira-kira jam 10 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar berseorangan menaiki perahu miliknya seawal jam 6 pagi untuk memancing ikan di Laut Sewangan.

“Sepupu mangsa yang pada ketika hendak pulang ke daratan sebaik selesai memancing terlihat perahu mangsa sedang berpusing-pusing sebelum mendekati perahu berkenaan.

“Perahu itu bagaimanapun sudah terbalik sebaik sepupu mangsa tiba di lokasi dan apabila diterbalikkan
mangsa dilihat tersangkut pada perahu itu sebelum dibawa ke jeti berhampiran oleh rakan-rakan lain,” katanya.

Mayat mangsa sebelum dibawa polis ke Hospital Kuala Penyu untuk proses bedah siasat. Gambar SNT/Ehsan IPD Beaufort

Menurutnya pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk proses bedah siasat.

Azmir berkata hasil siasatan lanjut tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan mangsa meninggal dunia akibat mati lemas selepas bedah siasat yang dijalankan mendapati paru-paru mangsa dimasuki air.

Siasatan terperinci masih dijalankan buat masa ini.

 

 

Sumber : SabahNewsToday.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *