VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Neelofa sudah mula bertugas secara rasmi di Air Asia

Written by on 13/01/2018

Foto Ehsan Instagram @neelofa

 

NEELOFA atau Noor Neelofa Mohd Noor, pelakon dan pengacara terkenal, telahpun memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia pada 9 hb Januari 2018 dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di ibu pejabat AirAsia dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pembabitan Neelofa bersama syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia itu selaras pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes, pada 8 Disember lalu, yang menganggap pelantikan beliau sebagai antara usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenamanya.

Selepas acara berakhir, Neelofa yang kelihatan begitu tenang sepanjang hampir lima jam mesyuarat berlangsung, sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hampir keseluruhan ahli keluarga besar syarikat penerbangan terbabit.

Ditanya perasaannya julung kali membabitkan diri dalam EGM syarikat yang diasaskan 24 tahun lalu itu, Neelofa berkata, ia pastinya pengalaman sungguh menakjubkan.

Sempat membuat sedikit ulang kaji mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas baharunya itu.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya kini semakin yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang. AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat bersemangat dan kreatif.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : bHarian online & Instagram @neelofa

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *