Neelofa lebih berseronok berkumpul dan ‘membawang’ sesama sendiri dengan keluarga

Written by on 20/06/2018

Foto Ehsan Instagram Neelofa

Biarpun sibuk dengan kerjaya dan tugas seharian, Lofa masih sempat berkongsikan sedikit cerita mengenai kehidupanya. Seperti gadis berkerjaya yang lain,  pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 29, tidak jauh berbeza dengan gadis lain.

Biarpun kini memegang status sebagai selebriti cukup dikenali dan ahli perniagaan bertaraf jutawan, Neelofa tidak pernah meletakkan batasan hidupnya bagi menjalani kehidupan seperti wanita muda lain.

Kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja paling dirindui, terutama detik menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan.

Sambil ketawa, Neelofa mengakui:

“Dulu, masih kecil dan hanya tahu berseronok. Ketibaan Syawal menjadi momen paling dinantikan apabila dapat berkumpul seluruh keluarga.

“Saya datangnya daripada keluarga besar. Setiap kali raya, memang kecoh dan meriah apabila lebih kurang 50 ahli keluarga berkumpul di rumah nenek di Pasir Mas.

“Bagaimanapun, apabila menginjak dewasa, kehidupan sudah mula berubah. Ada antara adik-beradik dan sepupu sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan masing-masing, jadi masa bersama semakin berkurangan.

“Tetapi, kami sekeluarga tetap mengamalkan tradisi berkumpul dan meluangkan masa bersama selama beberapa hari pada hari raya.”

Kata pelakon yang juga pengacara terkenal ini, biarpun dirinya seorang selebriti, ia tidak sesekali membataskan dirinya untuk meluangkan waktu berkualiti bersama ahli keluarga.

“Saya dan seluruh keluarga amat rapat dan kalau bertemu, pasti ada saja ‘membawang’ sesama sendiri. Bukan cerita orang lain, tetapi perihal diri sendiri menjadi bahan usikan.

“Kami memiliki kumpulan WhatsApp keluarga, dan selalunya perkembangan saya sudah diketahui melalui aplikasi terbabit. Jadi, apabila bertemu pada hari raya, kami lebih berseronok berkumpul dan ‘membawang’ sesama sendiri,” katanya yang mesra disapa Lofa.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH edisi Ke-29 itu berkata, kediaman neneknya menjadi tumpuan keluarga dan sanak-saudara pada Aidilfitri.

“Bab kena serbu sudah menjadi perkara biasa. Kediaman nenek sudah diketahui orang Kelantan, jadi ia mungkin senang dicari. Tidak pelik apabila ada juga peminat dari luar Kelantan datang untuk bertemu saya.

“Kebiasaannya, kami menyediakan khemah untuk sanak-saudara dan peminat yang datang beraya. Hari raya kedua dan ketiga pun rumah nenek masih penuh dengan tetamu.

“Saya hanya duduk di rumah apabila pulang berhari raya di Kelantan, malah ada ketikanya saya tidak keluar langsung. Saya lebih senang melayani tetamu daripada keluar rumah, jalan raya terlalu sesak,” katanya.

Gadis kacukan Melayu-Pakistan-Arab itu berkata, dia meraikan Syawal bersama keluarga di negeri Cik Siti Wan Kembang, tahun ini.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background