Neelofa lancar tudung Naelofar Hijab di ZOUK

Written by on 27/02/2018

Foto ehsan instagram @zoukbyneelofa

SEMALAM telah berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofayang dinamakan #BeLofa. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.

Selain memperkenalkan koleksi tudung terbaru, Neelofa juga menyambut majlis ulangtahun ke 29 beliau disana. Rata-rata netizan terkejut dengan pemilihan tempat hajah kesayangan ramai itu, ada juga mempersoalkan mengapa produk seperti tudung dilancarkan di kelab malam.

Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.

Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam. Pun begitu pasti peminat Neelofa ada alasannya.

 

Sumber : Rotikaya.com

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background