Neelofa kaji & meneliti laporan tahunan AirAsia

Written by on 13/12/2017

Sharing the stage, standing together these powerful figures is really a privilege! Definitely a night to remember! @airasia – Foto ehsan Instagram @neelofa

Neelofa menyifatkan peluang mengembangkan potensi bersama AirAsia Bhd (AirAsia) adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Neelofa mengakui keyakinan syarikat penerbangan itu terhadap kemampuannya menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, bakal memberi pengalaman yang tidak mungkin diperoleh di mana-mana.

“Pengalaman baharu ini tak mungkin saya dapat cari di tempat lain walaupun dibayar RM1 juta sekali pun. Beberapa bulan dulu, ketika Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menghubungi saya buat kali pertama, saya susah hendak bayangkan kemungkinan itu.

“Pelbagai pertanyaan bermain dalam fikiran. Mampukah saya? Kenapa pilih saya? Tetapi, kalau beliau boleh percayai saya, kenapa saya perlu meragui kemampuan sendiri? Pasti ada sesuatu yang saya tidak sedari.

“AirAsia melihat saya ada potensi yang harus dicungkil, seterusnya memberi suntikan idea kepada generasi muda atau Gen Y, yang mempunyai impian besar untuk keluar daripada zon selesa,” katanya kepada BH Online.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, berkata, AirAsia melihat potensinya mempengaruhi lebih 5.3 juta pengikut di media sosial dan mencipta aliran yang boleh disuntik ke dalam syarikat terbabit.

Foto paparan daripada instagram @neelofa baru-baru ini sempena dengan perlantikan Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tugasan pertama, tambah Neelofa, adalah membuat kajian terutama meneliti laporan tahunan syarikat penerbangan terbabit sebelum mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, bulan depan.

“Dalam tempoh sebulan ini, saya mahu memahami lebih mendalam mengenai latar belakang syarikat dan laporan tahunan sebelum mesyuarat, awal tahun depan.

“Saya perlu pastikan saya bersiap sedia dan tahu selok-belok serta sejarah perjalanan syarikat sebelum berkongsi idea mahu pun aspirasi,” katanya yang berharap dapat menyuntik semangat wanita lain dengan pelantikannya itu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background