Nadzmi Adhwa ‘diserang’ peminat wanita di Twitter

Written by on 21/02/2018

Foto Ehsan Instagram Nadzmi Adhwa

PELAKON dan pengaraca Nadzmi Adhwa memuat naik ststus berunsurkan jenaka berhubung dua perkara berbahaya ketika di jalan raya di Twitter baru-baru ini nampaknya menjerat diri.

Tweet yang mengatakan pemandu dan kereta yang dipandu oleh wanita sebagai perkara bahaya di jalan raya membuatkan Nadzmi menjadi sasaran pengikutnya terutamanya perempuan yang tidak berpuas hati dengan pandangannya itu.

“Dua perkara yang bahaya di jalan raya. Pertama, perempuan memandu kereta. Kedua, kereta yang dipandu oleh perempuan,” tulisnya.

Ruang komen pada status itu dihujani dengan komen menyangkal pendapatnya itu yang rata-rata menyatakan ia tidak benar.

Ini kerana ramai berpendapat, jantina tidak menentukan cara pemanduan seseorang sebaliknya ia atas kebolehan dan kemahiran individu.

“Wah! Main kasar nampak? Kasihan perempuan tak bersalah.

Sumber daripada Paparan Skrin laman web Mstar Online

“Mana boleh macam tu, tak semua perempuan memandu kereta bahaya dan sebaliknya. Kita kena tengok atas orang juga,” tulis beberapa netizen sebagai membidas pandangan Nadzmi.

Tidak cukup dengan itu, ada pula menggaitkan sikap pemandu motosikal yang gemar mencelah juga mengundang bahaya di jalan raya.

“Yang lagi bahaya tak reti bagi singnal bro!

“Penunggang motosiakal suka menyelit celah-celah kereta, kita pula yang risau. Boleh pulak buat gaya badan,” tulis pula pengikut lain.

Sementara itu, salah seorang pengikut lelaki Nadzmi sempat memberi amaran kepadanya tentang status berkenaan yang bakal mengundang kemarahan kaum wanita.

“Wah kau! Berani betul. Tak takut kena kecam ke? Hahaha,” tulisnya.

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background