Nabila Razali sambut Ramadan di Turki buat pertama kali

Written by on 16/04/2018

Foto Ehsan Hey Gaman Photography

NABILA RAZALI mengakui teruja menanti kedatangan bulan mulia itu dan sukar membayangkan suasana menyambut Ramadan di negara orang.

Nabila bakal menjalani ibadah puasa di Turki kerana terikat dengan penggambaran drama, Cintaku Di Bumi Izmir selama sebulan, Nabila, 26, berkata, dia bersama pasukan produksi akan berlepas ke negara itu pada 8 Mei ini.

“Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga sepanjang Ramadan. Pelbagai rasa menyelubungi, namun saya ambil kesempatan itu untuk menimba pengalaman baharu.

“Teruja rasanya mahu merasai suasana Ramadan di negara asing. Jika di sini, kita dimewahkan dengan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka, suasana di sana mungkin berbeza. Tetapi, saya tiada masalah menyesuaikan diri.

“Lagipun, saya tidak begitu cerewet soal makan. Pastinya, di samping bekerja, saya tidak mahu lepaskan peluang untuk melipatgandakan amalan pada bulan mulia. Itu lebih penting,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu berkata, Cintaku Di Bumi Izmir turut menguji dirinya apabila perlu mempelajari bahasa Turki.

Mengakui agak sukar untuk menguasainya, Nabila berusaha keras memastikan sebutan dan gaya pertuturan dalam bahasa itu tepat dan tidak kekok.

“Terbelit-belit lidah juga hendak menyebut sesetengah perkataan, tetapi ada keseronokannya kerana saya berpeluang belajar sesuatu yang baharu. Disebabkan komitmen terhadap drama ini, saya terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian.

“Tiada apa yang saya kesalkan, sebaliknya saya manfaatkan kesempatan ini untuk memperbaiki kelemahan diri,” katanya mengenai drama terbitan Creative Skill Solution itu yang turut menampilkan Syafie Naswip dan Hefny Sahad.

Nabila ditemui di Dataran Amanjaya, di sini sempena Festival GegaRia 2018 untuk berkongsi topik stail dan fesyen bersama pengunjung.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background