Nabila Razali keracunan makanan

Written by on 25/06/2018

Foto ehsan BHarian Online

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini, malam tadi, akibat keracunan makanan.

Pengurusnya, Ash, memberitahu BH Online, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah, sejak dua hari lalu.

“Nabila mengadu sakit perut dan keadaannya semakin teruk, petang semalam.

“Pada mulanya, Nabila sangka sakit perut biasa tetapi selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati dia mengalami keracunan makanan dan dehidrasi. Lalu Nabila terus dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang disambung semula selepas cuti Aidilfitri.

Tambah Ash, sehingga pagi ini pihaknya belum dimaklumkan perkembangan terbaru kesihatan penyanyi itu.

“Pihak hospital masih memantau dan belum memaklumkan kami perkembangan kesihatan Nabila. Jadi, kami tidak pasti bila Nabila dibenarkan pulang.

“Selain penggambaran, ada beberapa undangan persembahan pada hujung minggu ini. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan kesihatan Nabila kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background