VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Nabila dikecam kerana nyanyi sumbang masa konsert

Written by on 31/08/2018

PENGGUNA laman sosial mengecam hebat Nabila Razali apabila dikatakan gagal menyampaikan lagu dengan baik di Konsert Havooc yang bersiaran secara langsung di sebuah stesen tv swasta tempatan pada malam Ahad lalu.

Nabila, 25, berkata dia terkejut membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen dan mengakui tidak menyedari nyanyiannya itu sumbang apabila didengar menerusi televisyen.

“Saya terkejut apabila membaca kritikan tersebut dan tak sedar jika cara nyanyian saya seakan-akan tidak kena di televisyen kerana semasa di Studio Sri Pentas 2 semuanya okay sahaja.

“Lagi pula, penonton yang hadir di studio turut sama-sama enjoy dengan nyanyian lagu itu. Mungkin sebelum persembahan itu saya terlalu seronok bergelak sakan menyertai aktiviti yang dijalankan sampai hilang fokus nyanyian.

“Saya akui malam itu bukanlah persembahan yang terbaik dan hanya ingin menghiburkan penonton di studio dan di rumah,” katanya kepada mStar Online.

Dalam konsert yang bersiaran selama dua jam itu, Nabila menyampaikan lagu popularnya berjudul Pematah Hati.

Keratan Skrin shot Nabila membalas kritikan. – Sumber MStar

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *