VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Music Video BTS catat 300 Juta tontonan di Youtube

Written by on 14/03/2018

Foto Ehsan Instagram BTS Official

BTS , selebriti K-Pop, terus mencipta sejarah apabila muzik video lagu Fire mendapat jumlah tontonan sebanyak 300 juta di Youtube hanya dalam masa sebulan.

Ia merupakan muzik video kedua kumpulan itu yang mendapat jumlah melebihi 300 juta tontonan selepas single terdahulu mereka, DNA turut mencipta sejarah sama awal bulan lalu.

BTS dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, V, Jimin and Jungkook.

Sebelum ini, album terbaharu mereka yang berjudul Love Yourself: Her turut mencipta sejarah apabila ia tersenarai dalam carta top 10 penjualan album Amerika Syarikat, Billboard Hot 200 ditangga ke-7.

Dalam pada itu, hanya dua muzik video yang turut mendapat tontontan 300 juta di Youtube iaitu Twice menerusi lagu TT dan Big Bang, Fantasy Baby pada tahun lalu.

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *