VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

MIRWANA dapat peminat baharu melalui bantuan Media Sosial

Written by on 30/12/2017

 

Foto Ehsan Instagram @mirwanaofficial

KUMPULAN vokal berharmoni, Mirwana, mengaku mereka mendapat peminat baharu dalam kalangan remaja dengan bantuan media sosial.

Mirwana yang muncul di persada seni sekitar 1996 ini didorong oleh peminat di media sosial baharu itu turut membulatkan tekad anggota untuk kembali merakamkan lagu baharu.

Penyertaan mereka dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV) pada April lalu juga bagai memperkenalkan kembali kumpulan yang dianggotai oleh Along, Akmal, Hafiz, Ikram, Naim dan Faiz ini, kepada generasi lebih muda.

Hafiz berkata, pada awal kemunculan kami sekitar 1996 dulu, media sosial belum wujud, sekali gus interaksi bersama peminat agak terbatas.

“Situasi itu ternyata berubah sejak kebelakangan ini apabila pengikut di laman sosial menjadi pencetus semangat untuk kami kembali aktif.

“Komen mereka di media sosial, yang bertanyakan perkembangan terbaru Mirwana sangat menyentuh hati dan menyebabkan kami terfikir untuk kembali menghidupkan kumpulan ini, sekali gus menghasilkan single terbaru, Cinta Bukan Mainan, ciptaan Hafiz Hamidun.

“Sekarang, kalau kami ada apa-apa projek, kami hanya perlu rakam dan muat naik ke laman sosial. Ia dengan pantas akan mendapat maklum balas daripada peminat. Paling menyeronokkan, kami dapat peminat baharu dari kalangan remaja,” katanya teruja.

Sebut saja nama kumpulan ini, pasti ingatan akan menerpa kepada lagu popular mereka berjudul Aku Tanpa Cintamu. Walaupun selepas itu mereka ada merakamkan single lain, namun ia sukar untuk menyaingi karya terbabit, yang dinyanyikan Mirwana secara duet dengan penyanyi berpengalaman, Jay Jay.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: bHarian online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *