Mira akui mereka masih berkawan rapat

Written by on 13/04/2018

Gosip Mira Filzah dan Zizan Razak hilang sekejap dari radar dunia hiburan, Mira akui mereka masih berkawan rapat. Jelasnya lagi, andai ada berita baik mengenai hubungan mereka, Mira tidak akan merahsiakannya.

“Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu. Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti”

Turut menyambut ulangtahun kelahirannya baru-baru ini, Mira ada memaklumkan menerima hadiah dari ‘teman rapatnya’ itu. Tetapi empunya badan lebih selesa merahsiakan bentuk hadiah yang diterimanya baru-baru ini.

“Biarlah saya merahsiakan hadiah yang diberikannya pada saya,” jelasnya apabila ditanyakan mengenai hadiah yang diterimanya dari Zizan sempena ulangtahun kelahiran beliau baru-baru ini.

Alangkah bestnya kalau dapat tahu apa hadiah yang diberikan oleh Zizan, pastinya istimewa kan. Bagi sesetengah orang memang tidak suka menghebohkan hubungan cinta sebelum ianya menjadi pasti.

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background