Mimie Fly mengaku sudah bercerai di laman Instagramnya.

Written by on 27/12/2017

Single terbaharu One Nation Emcees yang bertajuk ‘Selamanya Sayang’

 

ANGGOTA One Nation Emcees, sekian lama membiarkan status rumah tangganya menjadi teka-teki, Shamimi Amalina Norhisham, 30, Mimi Fly mengesahkan perkahwinannya dengan Mohd Firdaus Hajar sudah menemui noktah, baru-baru ini di laman instagram @mimieflyyy .

Foto Ehsan Instagram @mimiflyyy

“Iya, kami sudah berpisah. Masih baru, dalam bulan ini. Pada awalnya, saya berhasrat untuk menjelaskan semuanya pada awal tahun depan, tetapi apabila ramai yang sudah menghidu, lebih baik saya leraikan persoalan itu.

“Saya anggap jodoh kami berdua hanya setakat itu. Kami sudah tidak mampu lagi menempuh hidup bersama. Barangkali silap saya juga hingga bekas suami sukar menguruskan saya yang banyak kerenah ini,” katanya.

Spekulasi keretakan rumah tangga Mimi Fly, dan Mohd Firdaus tercetus apabila penyanyi itu tidak lagi memuat naik gambar berdua, selain memadam semua foto bersama yang pernah dikongsi di laman sosial.

Andaian itu diperkuatkan lagi apabila Mohd Firdaus yang sebelum ini menguruskan Mimi, dilihat tidak lagi menemaninya setiap kali menjayakan persembahan. Pasangan itu diijabkabulkan pada 16 Mei 2015.

Tambah Mimi, selama hampir tiga tahun hidup bersama, banyak kesilapan yang dilakukannya dan dia tidak sanggup lagi membiarkan Mohd Firdaus bersendirian menggalas tanggungjawab.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: Bharian online & Instagram @mimieflyyy


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background