Wan 6ixth Sense terharu, Mell mendalami agama islam.

Written by on 28/12/2017

WAN 6ixth Sense terharu melihat kegigihan isteri yang juga vokalis Sakura Band, Melley Matius atau lebih dikenali sebagai Mell Sakura, mendalami agama Islam.

Mohammad Safwan Hasnan atau lebih dikenali sebagai Wan 6ixth Sense bersyukur ibunya yang juga ustazah, banyak membimbing Mell menjadi muslimah yang baik.

“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga pada 24 November lalu, saya tak sangka Mell rajin mendalami Islam… Ada saja soalan yang ditanya.

“Malah, kalau saya belum mengajaknya bersolat, dia yang akan mengajak dulu. InsyaAllah, tahun depan Mell akan menyertai kelas agama. Saya bersyukur melihat kesungguhannya,” katanya ditemui pada majlis resepsi menyambut menantu sebelah keluarganya di Bangi Golf Resort, di sini.

Majlis yang cukup meriah dan bertemakan tradisional itu dihadiri lebih 500 tetamu merangkumi keluarga, rakan dan teman media.

Wan dan Mell dinikahkan pada 24 November lalu di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan dua hari kemudian di bandar raya itu yang juga tempat asal Mell.

Sementara itu, Mell turut mendedahkan, sepanjang enam tahun perkenalan, dia tidak sangka Wan cukup mengambil berat dalam segala hal, berbeza ketika sedang bercinta.

 

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background