VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Mell (Sakura Band) Sah menjadi isteri Wan 6ixthSense

Written by on 24/11/2017

Selamat Pengantin Baru | Sumber Gambar dari ig @Wan6ixthSense

ALHAMDULILLAH… Mell (Vokalis Sakura Band) dan Wan (Drummer 6ixthSense) selamat dinikahkan pada Jumaat (hari ini) pukul 9 pagi bertempat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Mell atau nama sebenar Melly Matius dan Wan atau nama sebenar Mohammad Safwan baru-baru ini membuat lawatan ke Pusat Penyiaran VOKfm Golden Hill, Inanam bersama kumpulan Sakura Band serta kumpulan 6ixthSense untuk sesi temubual dalam segmen Chillax@VOK sempat memberi kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinan mereka kepada Vokfm.

Kembali kepada cerita percintaan mereka berdua, pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain hampir enam tahun menerusi kenalan rakannya ketika menghadiri sebuah majlis. Namun, hubungan yang terjalin tidak diketahui umum disebabkan mereka mengambil langkah tidak berkongsi kisah peribadi di laman sosial.

Baru-baru ini Sakura Band membuat lawatan ke Pusat Penyiaran VOKfm Golden Hill, Inanam.

 

“Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

“Tapi rasanya tak ramai yang tahu sebab memang kami tidak berkongsi di laman sosial.

“Saya lebih fokus pada karier nyanyian dan kumpulan Sakura Band,” ujarnya.

 

 

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala majlis pihak lelaki pula bakal berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada 24 Disember depan.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber: mStar online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *