VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Mell Sakura Band kecurian komputer riba.

Written by on 13/12/2017

Ulasan Mell dalam status Instagram beliau

Mell vokalis Sakura Band atau Melley Matius, 29, terkilan apabila komputer riba yang mengandungi lagu baharu mereka, dicuri dalam kejadian pecah masuk studio rakaman di Bandar Puteri, Puchong, Sabtu lalu.

Katanya, lagu baru itu sudah siap dirakamkan dan mereka bercadang melancarkannya awal tahun depan.

“Saya berharap komputer riba itu dapat ditemui semula kerana semua karya kami disimpan di dalamnya. Lagu sudah siap dirakam dan tinggal proses suntingan saja.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan ada suspek yang ditangkap. Bagaimanapun, komputer riba serta empat telefon bimbit yang dicuri masih belum dijumpai. Mungkin suspek letak di tempat lain atau sudah dijual,” katanya.

Mel yang baharu sahaja selesai daripada majlis perkhawinannya di Kota Kinabalu Sabah bersama Wan 6ixthsense baru-baru ini berkata, mereka mengadakan sesi latihan di studio berkenaan pada malam itu sebagai persediaan persembahan mereka pada Ahad. Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : Hmetro.com.my


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *