VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Maya Karin pernah menjadi mangsa buli siber

Written by on 18/04/2018

Foto Ehsan Instagram Maya Karin

SELEBRITI terkenal Malaysia, Maya Karin pernah menjadi mangsa buli siber salah seorang pengikutnya di laman sosial Facebook dan Instagram sejak Ogos tahun lalu. Gangguan bersifat mengancam keselamatannya dan menggangu emosi itu berlarutan selama tiga bulan sebelum dia bertindak melaporkan individu itu kepada pihak polis.

“Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya menggangu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain malah dia turut menghantar mesej kecaman dan ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.

“Selama beberapa bulan dia menggangu saya tetapi saya tidak pernah sekali melayannya dan mungkin disebabkan itu dia berani menggangu ahli keluarga saya.

“Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Maya ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Akhir Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ atas inisiatif pelakon Neelofa dan Datuk Hans Isaac pada Selasa.

Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Turut hadir memberi sokongan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekskutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Antara artis yang terlibat dalam kempen itu termasuk Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Bercakap lanjut mengenai kejadian itu, Maya berkata, sebulan selepas dia membuat laporan polis, dia dimaklumkan pihak berkuasa berjaya memberkas individu tersebut di Melaka.

Lebih mengejutkan kata Maya, individu tersebut adalah seorang wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

“Wanita itu ditahan reman selama tiga hari sebelum didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

“Dia dibebaskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadapnya,” kata Maya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *