VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Mawar menari untuk suami – Netizen kecam

Written by on 12/12/2017

MAJLIS perkahwinan setiap pasangan pastinya akan menjadi detik yang paling indah sekali bagi setiap pengantin baharu ditambah dengan kelainan yang tersendiri.

Disebabkan mahu kelainan, aktres Mawar telah membuat persembahan menari ketika majlis resepsinya baru-baru ini namun perkara itu telah mendapat kritikan daripada netizen.

“Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia sendiri menyedari bahawa tidak semua pihak boleh menerima apa yang dilakukannya.

Bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya cuma mahu meraikan hari bersejarah tersebut bersama suami yang tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raff Yaakob.

“Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira. Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya,” ujar pelakon yang berasal dari Kelantan itu.

Baca selanjutnya klik sini…

Sumber: Budiey.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *