VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Mark Adam berehat sementara daripada dunia nyanyian

Written by on 25/06/2018

Foto ehsan Instagram Mark Adam

SEJAK berjinak-jinak dengan bidang lakonan, akhirnya Mark Adam mengumumkan berehat sementara daripada dunia nyanyian bagi memberi perhatian kepada bidang lakonan.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam, 39, memberitahu, tahun ini, dia mahu fokus kepada dunia lakonan selain menjayakan program televisyen (TV).

“Syukur alhamdulillah, tahun ini, rezeki saya dalam bidang lakonan mencurah-curah. Saya tak boleh buat semua benda serentak, jadi saya buat keputusan fokus kepada bidang lakonan.

“Tidak kisah jika saya lebih dikenali sebagai pelakon… Saya percaya semuanya adalah rezeki.

“Apa saja yang datang, saya cuba lakukan dengan terbaik. Ini kerana bidang seni adalah tempat saya cari makan,” katanya kepada BH Online.

Ketika ini, Mark yang berasal dari Filipina, sedang menjalani penggambaran Bikin Filem dan program I Can See Your Voice Malaysia.

Bagaimanapun, Mark yang muncul juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018, tidak mengetepikan bidang nyanyian.

Malah, Mark berkata, dia sedang dalam proses merakamkan beberapa single untuk dilancarkan, tahun depan.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

 

Sumber : BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *