VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Mariah Carey menebus kesilapan tahun lalu.

Written by on 04/01/2018

Foto Ehsan billboard.com semasa persembahan diambang tahun baharu 2018

MARIAH Carey terpaksa menanggung malu apabila gagal menyanyi dengan baik pada acara Dick Clark’s Rockin’ 2017 di Times Square New York yang disiarkan secara langsung pada malam diambang sambutan tahun baharu 2017 lalu. Ketika itu ramai menjangkakan karier penyanyi berusia 47 tahun itu sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, penyanyi terkenal itu kembali menebus maruahnya pada acara sama pada malam Ahad lalu dan persembahannya menerusi dua buah lagu iaitu Vision of Love dan Hero mendapat pujian peminat.

Tampil memakai gaun berwarna emas lengkap dengan kot bulu, Mariah kelihatan yakin berdiri di pentas tanpa sebarang masalah teknikal selain menyanyi dengan baik.

“Mengambil kira Mariah menyanyi dalam cuaca yang sangat sejuk di New York, dia berjaya menebus maruahnya kembali dengan penuh gaya!

“Tidak kira apa yang orang katakan mengenainya, nampaknya Mariah kembali dengan persembahan cukup bertenaga dan dia adalah diva sebenar,” tulis peminat.

Malah Mariah sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada peminat yang hadir pada acara itu sebelum meluangkan masa ditemu bual oleh hos Ryan Seacrast.

 

Berikut adalah video tahun lalu 2017 di mana Mariah Carey terpaksa menanggung malu apabila gagal menyanyi dengan baik pada acara Dick Clark’s Rockin’ 2017 di Times Square New York

Sumber : mStar online & billboard.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *