Malaysia & Indonesia disatukan dalam satu pentas Konsert Anuar Zain, BCL, Yuka

Written by on 08/02/2018

Foto Ehsan Instagram @kharismayuka

KONSERT gabungan dua buah negara Malaysia dan Indonesia memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban diantara dua negara.

Namun berbeza untuk kali ini, tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan atas nama BCL (Bunga Citra Lestari), Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert yang bakal berlangsung pada 28 April depan.

 

Lebih menarik lagi tiga penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan acara itu bakal memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat.

Penyanyi yang kali terakhir muncul dengan lagu Hati Berbisik iaitu lagu runut bunyi filem Love Supermoon ini merasakan konsert berkenaan akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat  saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara,konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing.

“Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti,” ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd.

Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd.

Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik manakala Anuar Zain serta Yuka pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan,tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background