VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Luahan perasaan Janna Nick di instagram menimbulkan tanda tanya

Written by on 04/01/2018

 

Foto ehsan Instagram @jannanick

TIMBUL persoalan tanda tanya seolah-olah Janna Nick mengalami tekanan perasaan berkenaan dengan luahan penuh emosi yang dikongsi pada laman Instagramnya beberapa hari lalu.

Ditanya mengenai perkara itu, Jana menjelaskan dia mahu memberi pendedahan terhadap masalah tekanan perasaan yang semakin serius dalam kalangan masyarakat.

“Selari dengan azam baharu, saya ingin memberi pendedahan terhadap masalah tekanan perasaan yang dilalui kebanyakan orang tanpa sedar. Saya berhasrat membuka mata masyarakat berhubung perkara itu.

“Ini juga sebagai permulaan tahun baharu untuk menyebarkan perkara positif dan nilai murni buat pengikut di laman sosial.

“Saya berhasrat menggunakan medium sosial media sebaik mungkin sekali gus ‘memberi’ balik kepada masyarakat.

“Malah, secara tidak langsung kesedaran yang cuba disampaikan kepada masyarakat sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu mengenai sesetengah perkara,” katanya kepada BH Online.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : bHarian Online & Instagram @jannanick

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *