Liam Payne dan Chery Tweedy menunggu masa berpisah

Written by on 23/02/2018

Foto Ehsan Instagram Liam Payne

HUBUNGAN penyanyi Liam Payne dan Chery Tweedy dikatakan bermasalah selepas dua tahun menyulam cinta. Pasangan itu dikhabarkan hanya menunggu masa untuk berpisah.

Tidak pasti apa punca sebenar sama ada sudah putus kasih antara mereka atau tidak, namun Liam sendiri berasakan hubungan itu semakin dingin.

Menurut sumber terdekat, ajakan penyanyi berkenaan untuk berbincang dengan Cheryl mengenai perkahwinan kerap tidak diendahkan.

Sejak menimang cahaya mata mereka, Bear, tahun lalu, bekas anggota One Direction itu mula serius untuk melangkah ke fasa seterusnya. Dia dikatakan berhasrat untuk memperisterikan Cheryl.

Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kekasihnya itu kerap mengelak setiap kali dia menyuarakan topik berkenaan.

“Liam berasa semakin jauh dengan anak lelakinya itu dan mahu hubungannya dengan Cheryl berhasil. Disebabkan itu dia terfikir untuk berbincang mengenai perkahwinan dengannya.

“Bagaimanapun, Cheryl seakan-akan tidak berfikir ke arah itu dan mengesahkan tidak mahu mengikat komitmen. Dia rasa ia satu pukulan yang besar buatnya.

“Realitinya, kerjaya solo Liam juga menuntut jadualnya lebih padat sekarang. Cheryl pula banyak menghabiskan masa di rumah sebagai ibu,” katanya.

Berikutan semakin sibuk dengan aktiviti seninya, perkara itu dikatakan memberi kesan kepada Cheryl sendiri.

“Ia memberi tekanan kepadanya serta hubungan mereka sehingga masing-masing semakin rasa jauh.

“Tiada siapa dapat memastikan sama ada mereka boleh memperbaiki semula hubungan itu atau tidak,” kata sumber berkenaan.

Pasangan itu mula menjalin cinta sejak 2016 dan kisah hubungan mereka tidak terlepas daripada kontroversi.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Hmetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background