VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lee Min Ho sering bertanyakan khabar kepada peminat

Written by on 07/03/2018

Foto Ehsan Instagram lee_minho_official

LEE MIN HO mempunyai cara tersendiri dalam melepaskan kerinduan kepada peminat.

Allkpop melaporkan, aktor yang sedang menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun ini sering bertanyakan khabar kepada peminat melalui agensi naungannya.

Pihak pengurusan menjelaskan buat masa ini laman sosial bintang tersebut dikendalikan oleh mereka dan segala muat naik status itu merupakan pesanan daripada Min Ho.

Malah, pelakon filem Gangnam Blues ini sempat memberikan ucapan semangat kepada atlet sukan Olympic Winter Games PyeingChang 2018, baru-baru ini.

“Lee Min Ho selalu bertanya khabar peminatnya dan mengharapkan kalian bersabar menanti sehingga dia selesai menjalani latihan.

“Sebelum menyertai latihan tersebut, dia melancarkan DVD istimewa untuk peminat berjudul Lee Min Ho Talk Concert 2017 sebagai hadiah buat peminat,” kata agensi.

Dalam pada itu, Lee Min Ho juga dikhabarkan telah menerima pelbagai tawaran dan projek baharu setelah dia menamatkan latihan tahun depan.

Menurut laporan media tempatan, Lee Min Ho merupakan antara selebriti yang menerima bayaran paling tinggi.

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *