VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lee Hongki dikecam teruk netizen

Written by on 24/05/2018

VOKALIS FT ISLAND, Lee Hongki dikecam teruk netizen apabila didakwa bersikap bongkak. Lantas, mereka mewujudkan petisyen meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap bintang terkenal itu. Kuasa peminat terutama di Korea Selatan sukar digugat. Suara mereka mampu membuatkan banyak pihak tunduk dengan permintaan mereka.

Semua itu berpunca daripada insiden penyanyi berkenaan menyertai ruang sembang seorang joki penyiaran kontroversi dikenali sebagai Chulgoo.

Chulgoo terkenal dengan kandungan perbincangan kontroversi. Antara yang dibicarakan adalah jenayah terhadap wanita, mengutuk pergerakan bersejarah, mengejek orang dan banyak lagi.

Kemunculan Hongki dalam ruang sembang itu disifatkan menyokong joki penyiaran berkenaan. Netizen yang berang dengan tindakan Hongki mewujudkan petisyen meminta pihak berwajib menjatuhkan hukuman terhadap pelakon dan penyanyi itu.

Petisyen berkenaan berjaya mendapat lebih 4,800 tanda tangan sehingga semalam.

Tidak mahu berdiam diri dengan kritikan yang terus menghujaninya, Hongki tampil dengan kenyataan balas di Instagram menafikan dia menyokong Chulgoo.

Namun ada juga segelintir peminat dan penyokong Lee Hongki yang turut tampil di dalam komen-komen disebalik kecaman netizen yang membenci HongKi.

Antara komen penguat semangat Lee Hongki dalam Instagram milik Lee HongKi sendiri

 

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : BHarian Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *