VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lavida Raya trending no 1 di Youtube Malaysia

Written by on 05/06/2018

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Vida sekali lagi membuktikan bakatnya sebagai penyanyi menerusi lagu terbarunya ‘Lavida Raya’ selepas lagu ‘I Am Me’ mendapat sambutan luar biasa.

Lebih mengejutkan, baru saja 18 jam disiarkan, Lavida Raya menjadi tontonan ramai dan kini menjadi trending nombor satu YouTube di Malaysia.

Dalam satu kenyataan daripada pihak pemasaran, lagu tersebut mendapat sambutan positif dari peminat Vida kerana mempunyai elemen ‘catchy’ dan rancak yang membuatkan pendengar ingin turut sama menyanyi dan menari.

Tiada lagi berbelanja mewah untuk pembikinan muzik video, untuk lagu raya ini Vida hanya melakukan pengambaran di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalannya sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Menurut Datuk Vida, gaya tarian dalam muzik video tersebut adalah hasil idea dari Cik B dan beliau sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya buat semua peminatnya. Ramai juga yang memuji lagu Lavida Raya ini seronok didengar dan terhibur dengan penampilan Cik B di dalam muzik video tersebut.

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *