Lan Kristal bergerak solo

Written by on 30/11/2017

Nahhh.. hasil korang yg tak henti2 dok layan lagu nyanyian saya kat #raku .. lagu Naluri Cinta week 4 duet bersama CTnorNana menang tau 😊 ! . – Petikan mesej untuk peminat dari instagram @lansoloofficial

 

Mohd Razlan Mohamed Yusof, atau lebih dikenal sebagai Lan Kristal(Vokalis Kristal), membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak 18 tahun lalu itu. Beliau berbuat demikian kerana terasa seperti tidak penting sudah di dalam kumpulan itu yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.

 

Bukan sekadar merehatkan beliau, malah Kristal turut mengumumkan bakal mencari vokalis baharu.

“Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya, tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang terakhir yang tahu. Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya dipersalahkan dan dituduh ‘tunggul’.

“Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek solo. Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi masih bersama Kristal.

“Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 di sini, malam tadi.

Kata Lan, beliau tidak berdendam dengan kumpulan yang menaikkan namanya itu.

“Buat peminat kami, teruskan menyokong mereka dan saya tidak pernah berdendam dengan mereka kerana saya sudah anggap mereka sebagai keluarga. Apabila perkara ini timbul, saya sangat terkilan dengan apa yang diperkatakan,” katanya.

Baru-baru ini, menerusi laman sosial kumpulan itu, mereka mengeluarkan kenyataan merehatkan penyanyi terbabit. Baca lebih lanjut klik sini...

 

NAMA ASAL : Base Line (1996, Kuala Lumpur) | NAMA PENTAS : KRISTAL (1999, Kuala Lumpur)

 

Sumber : Budiey.com , bandkristal.blogspot.my & Instagram @lansoloofficial


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background