Lagu Mambang untuk diri sendiri bukan untuk Malique – Altimet

Written by on 09/03/2018

ALTIMET menafikan lagu baru bertajuk Mambang bukan ditujukan kepada bekas anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique. Kehangatan lagu berkenaan mula diperkatakan kebelakangan ini ekoran netizen pantas mengandaikan lirik lagu Mambang memang dianggap cuba menyindir Malique.

Malah tidak kurang juga yang melihat usaha lelaki bernama penuh itu Ahmad Abdul Rahman ini cuba berlaku sinikal supaya rapper berkenaan keluar dari ‘kepompong persembunyian’ dan kembali berkarya menghangatkan irama hip hop. Umum tahu, Malique sudah beberapa tahun dilihat menyepi sedangkan ramai yang tertunggu-tunggu karyanya menghangatkan persada muzik tempatan.

“Lagu ini dirakamkan setahun lalu. Ia terhasil daripada perbualan saya dengan kawan yang melihat sejauh mana perjalanan seni dan hala tuju muzik ini yang nak sampai 20 tahun.  Kalau dulu ketika zaman Teh Tarik Crew, saya hanya fikir nak battle dengan rappers lain saja. Sekarang pula saya lebih kepada lagu dengan cerita rakyat.

“Saya yakin dan percaya jika diri ini yang dulu berjumpa diri yang sekarang sudah tak dapat kenal.  Saya yang dulu dan sekarang memang ternyata berlainan. Jadi keluarlah idea lagu Mambang ini. Saya dulu berdarah muda yang sangat baran,” kata Altimet yang akan genap 40 tahun pada 27 November depan.

Menurut Altimet lagu berkenaan bersifat sangat abstrak dengan konsep ‘aku lawan aku’.

“Lagu ini seperti saya marahkan diri sendiri. Cuma orang akan nampak ia seperti marah dekat orang lain. Jadi dalam konteks saya ini, orang akan rasa saya cuba marah dekat rapper lain pula. Logiknya begitu. Apabila saya dilihat agak otai, orang mesti ingat saya cuba ‘serang’ rapper yang sama level otai.

“Mustahil saya akan dilihat cuba ‘tembak’ Joe Flizzow yang bernaung di bawah syarikat yang sama. Lalu tercetus Malique pula. Begitulah terbit andaian masing-masing kebelakangan ini,” katanya.

Sempat ditanya mengenai apakah ada pihak termasuk rakan terdekat dan karyawan seni yang cuba memujuk Altimet apakah dia dapat mengubah fikiran untuk mengucapkan selamat tinggal di dunia seni atas kapasiti penyanyi dan penghibur yang memperjuangkan hip hop dan rap itu, dia sempat memintas yang takkan ada orang berani berbuat demikian.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Rojakdaily.com & Instagram Altimet


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background