VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lagu Khas buat “Siti Junior” yang bertajuk ‘Comel Pipi Merah’ sudah siap dirakam.

Written by on 01/02/2018

Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet lagu Comel Pipi Merah bersama kedua-dua anak saudaranya

PEMINAT Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti menantikan saat-saat yang paling gembira ini. DS Siti dijangka bakal melahirkan anak sulung perempuan pada Mac depan, lagu khas untuk “Siti Junior” sudah pun siap dirakamkan.

Lagu khas yang diberi judul ‘Comel Pipi Merah’ itu merupakan hasil ciptaan Siti Nurhaliza sendiri makala liriknya ditulis oleh pengurusnya Rozi Sang Dewi.

Lebih menarik, lagu itu menggabungkan lagu rakyat Can Mali Can agar mudah diingati oleh pendengar.

“Dalam melodi lagu ini, Siti ada selitkan bunyi seperti seseorang sedang mengagah bayi. Siti ingat lagi ketika kecil dulu, arwah abah suka buat begitu pada anak-anak kecil dan juga cucu-cucunya.

“Siti turut menggabungkan karya ini dengan lagu rakyat, Can Mali Can, tetapi Siti tukarkan pantunnya mengikut kesesuaian lagu. Siti buat begini supaya ia mudah diingati oleh mereka yang mendengarnya,” katanya kepada BH Online.

Suara dua anak saudaranya Siti Nurun Marsitah Mohd Ghazali dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri, turut serta sebagai penyanyi latar.

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *