VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lagu ‘Jauh’ tiada kaitan dengan kisah hidup Najwa

Written by on 16/04/2018

NAJWA LATIF menjelaskan single terbaharunya yang berjudul Jauh bukan bekisarkan kisah peribadinya seperti didakwa sesetengah pihak.

Najwa sebaliknya berkata, lagu itu dihasilkan secara umum dan ia boleh ditafsirkan mengikut sudut pandang individu mengikut pandangan masing-masing.

“Lagu Jauh ini tiada kena mengena dengan cerita peribadi saya. Ia hanyalah situasi rindu ketika berjauhan yang mungkin semua orang pernah alami.

“Terpulang pada para pendengar untuk mentafsirkan ‘jauh’ dari sudut individu itu sendiri,” katanya.

Najwa berkata demikian sebagai respon peminat yang menyangka muzik video lagu itu menceritakan mengenai kisah peribadi penyanyi itu.

Jauh memperlihatkan Najwa bekerjasama dengan kakaknya, Ika Latif sebagai penulis lirik dan komposer.

Bercakap mengenai Jauh, Najwa berkata, dia berharap agar lagu baharunya itu dapat menyerlahkan kematangannya dalam penciptaan lagu seiring dengan usia penglibatannya dalam industri seni ini.

“Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam bidang penggubahan lagu, saya mahu dewasa bersama karya-karya saya.

“Saya akan terus belajar sedikit demi sedikit bagi memenuhi halwa telinga para peminat,” jelasnya.

Sementara itu, Najwa berkata, kemunculan single terbaharunya itu adalah bukti dia masih mengingati peminatnya walaupun dia kini sibuk dengan pengajiannya di universiti.

 

 

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *