VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Lagu Jampi dan Wanita Terakhir catat rekod RIM

Written by on 15/01/2018

JAMPI lagu nyanyian Hael Husaini diumum sebagai Lagu Domestik Paling Tinggi Penstriman sepanjang 2017 di semua aplikasi penstriman.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada Isnin, lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu menduduki kedudukan tertinggi sepanjang tahun lalu dengan jumlah 13,879,144 kali didengar.

Lagu terbitan Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia Group itu juga diumum sebagai Lagu Domestik Paling Bernilai yang dikira berdasarkan langganan berbayar dan sokongan iklan.

Manakala lagu Ed Sheeran berjudul Shape of You menjadi Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Penstriman dan Lagu Antarabangsa Paling Bernilai pada tahun lalu dengan jumlah 13,879,144.

Manakala lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin yang diterbitkan Kasi Gegar Entertainment diumum sebagai Debut Lagu Domestik Terbaik.

Ia dikira berdasarkan kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu tersebut dalam carta domestik dan antarabangsa pada minggu pertama dilancarkan.

Lagu tersebut juga mengungguli kategori Kedudukan Terbaik Yang Dipegang Lagu Domestik.

Manakala kategori Debut Lagu Antarabangsa Terbaik dimiliki Taylor Swift menerusi lagu Look What You Made Me Do.

Sementara lagu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli mengunggulu Lagu Domestik Paling Lama Dalam Carta.

Lagu berkenaan merupakan lagu paling lama iaitu 52 minggu berada dalam carta domestik dan antarabangsa pada tahun lalu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *